Ikuti Kami:

Suspek Pembunuh Sabari Baharom Rupanya Kontraktor Binaan Rumah Jiran

Suspek Pembunuh Sabari Baharom Rupanya Kontraktor Binaan Rumah Jiran

Kes kehilangan warga emas Sabari Baharom sejak 4 September lalu akhirnya terjawab apabila dua suspek lelaki tempatan berjaya ditahan pihak berkuasa.

Hasil siasatan polis, suspek mengaku telah mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu. Tangan mangsa diikat manakala mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat, menyukarkan sebarang usaha untuk menyelamatkan diri.

Memetik Astro Awani, anak mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari, mendedahkan bahawa salah seorang suspek adalah kontraktor yang sedang membina rumah jiran mereka. Rumah itu terletak di hadapan kediaman ayahnya dan telah dibina sejak lima bulan yang lalu.

“Memang mereka selalu bertegur sapa dan berbual. Suspek bukan penduduk kampung ini, dia orang luar, dan ayah saya memang baik dengannya,” ujar Amir Hakimi.

Beliau menyifatkan tindakan suspek sebagai tidak berperikemanusiaan dan sangat kejam. Tambahnya lagi, bapanya sering bertembung dengan suspek ketika berjalan di hadapan rumah yang sedang dibina.

“Ayah seorang yang sangat baik, kalau suspek minta buah belimbing pada waktu malam pun, ayah sanggup pergi petik dan beri padanya… saya tak sangka dia ada niat jahat,” tambah Amir dengan nada kecewa.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa, Syilla, turut meluahkan kesedihan mengenangkan nasib ayahnya yang diperlakukan dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ahli keluarga kini masih terus melakukan solat hajat, berdoa agar mayat Sabari yang dicampak ke sungai segera ditemui.

Komen
Loading...