Ikuti Kami:

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa 7 Pertuduhan

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa 7 Pertuduhan

SUSPEK kes melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 14 April lalu didakwa, atas tujuh pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.

Tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pengurus syarikat agensi pelancongan didakwa memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, Made in Turkey yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37].

Pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Mengikut pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga keping kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan per 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber
Komen
Loading...