Ikuti Kami:

Suspek Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri, Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Suspek Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri, Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Memetik laporan Astro Gempak, Allahyarham Nur Farah Kartini, 25, disyaki dibunuh selepas suspek berang diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri.

Difahamkan, sumber memberitahu konflik percintaan mereka mula berlarutan selepas mangsa mendesak suspek mengahwini dirinya.

Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu suspek yang merupakan penjawat awam itu adalah teman lelaki mangsa.

Walaubagaimanapun, kata Datuk Hussein, motif pembunuhan masih di dalam siasatan.

Semalam, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan 6 petang di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.

Komen
Loading...