Sunway Putra Hotel Tawar Pengalaman Krismas dan Tahun Baru yang Istimewa
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Sambutan Krismas semakin hampir, dan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur mengundang anda untuk menikmati pengalaman gastronomi yang tidak terlupakan menerusi Makan Malam Bufet Krismas yang eksklusif pada malam 24 Disember 2024.
Dihidangkan di Kopi Haus, bufet ini menawarkan pelbagai hidangan lazat yang menggabungkan resipi tradisional Krismas dengan sentuhan moden.
Menu istimewa termasuk Turkey Panggang Tradisional, Beef Wellington, Thermidor Kerang & Udang, serta pencuci mulut klasik seperti Puding Krismas, Yule Log Cake, dan Stollen.
Para tetamu juga berpeluang menikmati hiburan istimewa, termasuk persembahan daripada penyanyi koir Krismas yang membawa lagu-lagu perayaan yang indah. Kanak-kanak pasti teruja dengan kunjungan Santa Claus bersama pembantu-pembantunya, yang akan mengedarkan hadiah dan menyebarkan keceriaan kepada semua.
Bufet ini ditawarkan pada harga RM159 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak berusia 6–12 tahun, manakala kanak-kanak di bawah umur lima tahun menikmati hidangan secara percuma. Tempahan awal sebelum 11 Disember 2024 layak mendapat diskaun 10%.
Juga disediakan Hi-Tea Bufet Krismas menampilkan hidangan istimewa seperti Nasi Itik Panggang, Ikan Pari Bakar, dan pelbagai pencuci mulut.
Harga RM139 (dewasa) dan RM79 (kanak-kanak).
Pakej Bilik dan Bufet ‘Together at Christmas’ (24–25 Disember 2024)
Pakej 2H1M ini menawarkan penginapan bilik Deluxe, makan malam perayaan untuk dua orang, dan sarapan pagi Krismas. Kanak-kanak menikmati diskaun 50% untuk bufet. Harga bermula dari RM650+.
Menginap, Menjamu Selera & Sambutan Countdown (31 Disember 2024 – 1 Januari 2025)
Pakej 2H1M di suite Eksekutif termasuk makan malam bufet Tahun Baru dan sarapan untuk dua orang. Harga bermula dari RM899+ (harga awal RM699+ sehingga 9 Disember 2024).
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan malam Krismas anda penuh bermakna bersama keluarga dan rakan. Tempah tempat anda sekarang di sunwayhotels.com/sunway-putra atau hubungi +603 4040 9888 untuk maklumat lanjut.