Sunway Putra Hotel Meriahkan Ramadan dengan Bufet Santapan Nusantara Putra
- oleh Mohd Indera
- 5 bulan lalu

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan Santapan Nusantara Putra, sebuah bufet eksklusif yang menghimpunkan lebih daripada 100 sajian tradisional dari Malaysia dan Indonesia.
Bufet ini bertujuan untuk meraikan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan dengan menawarkan pelbagai hidangan autentik yang menggamit selera.
Dinobatkan sebagai Kuala Lumpur’s Best City Hotel oleh Luxury Lifestyle Awards 2024 dan disenaraikan dalam 3% hotel terbaik di Kuala Lumpur oleh KAYAK Travel Awards 2024, Sunway Putra Hotel terus mengangkat pengalaman kulinari yang inovatif dan berkualiti tinggi.
Menurut Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Encik Wilfred Yeo, Santapan Nusantara Putra diperkenalkan sebagai simbol kebersamaan melalui makanan.
“Bufet ini menampilkan pelbagai rasa yang kebanyakannya berasal dari Malaysia serta sebahagian dari Indonesia, memberikan pengalaman makan malam yang unik dan penuh kenikmatan.” katanya.
Bufet ini menampilkan lima tema hidangan utama, termasuk:
– Gerai Kuali-Kawah – Kambing Bakar, Gulai Daging Kawah
– Gerai Sate Beragam – Sate Maranggi Sapi (Purwakarta), Sate Kambing Kecap (Madura) & pelbagai jenis sate Malaysia
– Gerai Kuah-Kuahan – Sup Tulang, Sup Bakso, Sup Sayur Asem
– Gerai Kuliner Nusantara – Daging Sapi Taliwang (Nusa Tenggara Barat), Tongseng Kambing (Jawa Tengah)
– Pencuci Mulut Tradisional – Bubur Pulut Hitam, Sago Pelangi Gula Aren, Kek Marble, Kek Pandan Gula Melaka
Bufet ini akan berlangsung dari 1 Mac hingga 27 Mac 2025 di Kopi Haus, Tingkat 9, Lobby Utama, dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tetamu boleh menikmati harga promosi RM135 seorang untuk tempahan awal sebelum 25 Februari 2025. Harga biasa sebanyak RM159 seorang akan dikenakan mulai 26 Februari.
Selain itu, Sunway Putra Hotel turut menawarkan Peraduan Cabutan Bertuah kepada pelanggan yang membeli enam atau lebih bufet dewasa dalam satu resit antara 1 Mac hingga 23 Mac 2025. Hadiah menarik termasuk baucar penginapan dan makan malam eksklusif.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, layari www.sunwayhotels.com/sunway-putra atau hubungi +603 4040 9888 (telefon), +6019 305 2372 (WhatsApp), atau e-mel [email protected].