Ikuti Kami:

Sumandak Stars: “Saya dan Bella Hanya Penyanyi, Bukan Penganjur” – Didi Astillah

Sumandak Stars: “Saya dan Bella Hanya Penyanyi, Bukan Penganjur” – Didi Astillah

Penyanyi Didi Astillah memperjelaskan bahawa dia dan Bella hanya bertindak sebagai penyanyi dalam konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada 30 November ini.

Menurut Didi, mereka tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam perancangan atau penganjuran acara tersebut, dan sekadar memenuhi jemputan sebagai penyanyi persembahan.

Didi juga menegaskan bahawa segala urusan berkaitan promosi acara, termasuk penggunaan poster dan bahan promosi lain, adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya pihak penganjur.

“Saya hanya dipanggil untuk datang menyanyi. Gambar saya ada atau tiada di poster, itu semua hak pihak pengurusan dan penganjur. Saya tak ada hak tentang benda tu,” jelasnya.

Didi juga menjelaskan bahawa dia dan Bella tidak terlibat dalam sebarang perancangan acara tersebut.

“Saya dan Bella tak ada kena mengena dengan pihak penganjur atau tahu macam mana perjalanan acara itu dan sebagainya. Kami hanya menjadi salah seorang daripada artis yang buat persembahan untuk Sumandak Stars,” katanya.

Didi turut memaklumkan bahawa dia tidak tahu menahu tentang penarikan diri Stacy dari konsert berkenaan.

Terdahulu, Pengarah Orange International Entertainment, Datuk Mohd Fazli Idrus, mengakui pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan dalam isu poster konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku, yang menyebabkan Stacy Anam menarik diri.

Komen
Loading...