Penyanyi dan Pelakon, Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, 39, yang juga salah seorang artis untuk Konsert A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku, berkata dia perlu berjumpa dengan penganjur dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Marsha turut memilih sikap berhati-hati dalam mengulas isu ini kerana tidak mempunyai maklumat serta masih belum berjumpa dengan penganjur konsert.
“Secara jujurnya, saya tak mahu komen banyak sebab saya tak ada maklumat lengkap tentang konsert ini,”
“Biar saya jumpa penganjur dahulu dan biar masa menentukan.” katanya kepada media selepas majlis pra-tonton filem Don Dukun pada Selasa.
Ketika ditanya tentang poster yang memaparkan gambar Bella Astillah lebih besar daripada artis lain, Marsha enggan memberikan komen lanjut.
“Saya tahu tentang gambar itu sebab saya pun lihat di Instagram. Semua maklumat saya hanya dari media sosial sebab saya belum sempat berjumpa dengan penganjur,” katanya.
“Tetapi semestinya, poster memainkan peranan besar untuk menarik orang hadir ke konsert. Selain itu, konsep konsert juga sangat penting,” tambahnya.
Penyanyi itu juga berharap konsert yang bakal diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada 30 November depan berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar.
“Ini satu idea yang baik kerana ia menyatukan penyanyi Sabahan.” jelasnya.
Menyentuh tentang Stacy yang menarik diri, Marsha menghormati keputusan itu dan yakin Stacy mempunyai alasan tersendiri.
“Saya yakin Stacy ada sebab peribadi untuk menarik diri, dan itu adalah hak dia.” katanya.
Sebelum ini, Stacy telah membuat keputusan untuk menarik diri dari konsert ini, selepas itu penganjur mengumumkan penyertaan tiga lagi artis iaitu Ayu Damit, Azharina, dan Salma.