Ikuti Kami:

Sufian Suhaimi & Sarah Suhairi Lancar Single Romantis “Dengan Lafaznya”

Sufian Suhaimi & Sarah Suhairi Lancar Single Romantis “Dengan Lafaznya”

Sufian Suhaimi, penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, kembali dengan single terbaharu berjudul “Dengan Lafaznya” bersama penyanyi muda berbakat, Sarah Suhairi.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aiman Sidek dan membawa kisah penuh emosi tentang cinta, janji, serta pengharapan dalam hubungan kasih sayang.

Sufian Suhaimi yang dikenali melalui lagu hit seperti “Di Matamu” terus mencipta kejayaan dengan pencapaian terkini menerusi lagu “Menggenggam Bahagia”, yang berada dalam senarai Top 30 Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir.

Popularitinya sebagai artis versatil yang sentiasa relevan membuktikan komitmennya terhadap muzik.

Manakala Sarah Suhairi, simbol bakat muda dalam industri muzik Malaysia, terus mencipta nama sebagai ikon kepada generasi baharu.

Kejayaannya dalam platform digital seperti Spotify dan TikTok dengan lagu-lagu hit membuktikan penerimaan peminat terhadap bakat serta personalitinya.

Mengenai tema lagu, Sarah menjelaskan bahawa walaupun lagu ini sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan, ia tidak semestinya dibuat untuk tujuan itu sahaja.

“Jujurnya, lagu ini bukan dicipta khusus untuk tema perkahwinan, tapi kalau ada yang ingin jadikan lagu ini sebagai pilihan di majlis mereka, kami sangat menghargainya. Saya harap lagu ini diterima dengan baik oleh semua,” katanya.

Tahun 2025 membawa lembaran baharu bagi kedua-dua artis ini melalui kolaborasi eksklusif “Dengan Lafaznya”.

Lagu ini membawa mesej mendalam mengenai cinta dan simbol penyatuan yang tulus.

Pelancaran single ini juga menandakan kerjasama antara Rusa Music dan Warner Music Malaysia, yang sentiasa komited dalam membawa karya berkualiti kepada pendengar.

Video muzik rasmi lagu ini telah dilancarkan pada 13 Januari 2025 di YouTube Rusa Music dan mendapat sambutan positif daripada peminat.

Lagu ini kini boleh didapati di semua platform digital dan dijangka menjadi satu lagi fenomena dalam industri muzik tempatan.

Komen
Loading...