Ikuti Kami:

Sudio, Subtle Tawar Gaya Minimalis, Pilihan Hadiah Eksklusif di Sunway Pyramid

Sudio, Subtle Tawar Gaya Minimalis, Pilihan Hadiah Eksklusif di Sunway Pyramid

Dari kiri: Pengurus Pemasaran Digital, Nicky Fun dan Eksekutif Jualan & Merchandising, Jayden Luo dari MBase Marketing, kumpulan CenturyX Malaysia.

Pasaran runcit premium di Malaysia bakal menyaksikan lonjakan musim perayaan kali ini dengan pelancaran semula jenama audio terkemuka Sweden, Sudio, bersama kemunculan sulung jenama gaya hidup urban, Subtle di pasaran tempatan.

Meraikan kejayaan dwi-jenama itu, satu acara pop-up eksklusif bertemakan “The Joy of Giving, Elevated” kini sedang berlangsung di GF Event Space (berhadapan Switch), Sunway Pyramid sehingga 4 Januari depan.

Sudio, yang diasaskan di Stockholm pada 2012, terus komited merapatkan jurang antara teknologi audio berkualiti tinggi dengan rekaan minimalis.

Eksekutif Jualan & Merchandising, Jayden Luo berkata, misi utama Sudio adalah untuk menyediakan audio premium pada harga yang kompetitif bagi pasaran Malaysia.

Eksekutif Jualan & Merchandising MBase Marketing, Jayden Luo.

“Kami menyedari bahawa pasaran audio sebelum ini mungkin terlalu kompetitif atau sukar dicapai dari segi harga. Oleh itu, kami melancarkan semula Sudio dengan strategi harga yang lebih ‘mesra pelanggan’ bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati kualiti bunyi premium tanpa perlu berbelanja keterlaluan,” ujar Jayden.

Beliau turut menekankan bahawa rekaan produk mereka berteraskan konsep Skandinavia yang bersih dan ergonomik.

Sebagai contoh, fon telinga terbaharu Sudio N3 Pro bukan sahaja menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) dan jangka hayat bateri 30 jam, malah ia dibina menggunakan 20 peratus plastik kitar semula bagi menyokong kelestarian alam sekitar.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan kualiti audio yang konsisten. Jika anda membandingkan produk kami dengan jenama besar lain di pasaran, anda akan dapati Sudio menawarkan nilai yang luar biasa.

“Kami mahu memposisikan Sudio sebagai jenama yang mampu menembusi pelbagai segmen pasaran, dari peringkat atasan hingga ke pasaran besar,” tambah beliau lagi.

Bagi jenama Subtle pula, kehadirannya di Malaysia membawa falsafah “urban outdoor” yang diilhamkan daripada budaya jalanan.

Jenama ini memfokuskan kepada keperluan ‘modern nomad’ iaitu individu yang memerlukan kelengkapan tahan lasak namun kekal bergaya untuk mengharungi suasana kota.

Pengurus Pemasaran Digital MBase Marketing, Nicky Fun menjelaskan bahawa Subtle direka untuk memberikan nafas baharu kepada pasaran beg sedia ada yang kadangkala kelihatan terlalu formal atau hambar bagi golongan muda.

Pengurus Pemasaran Digital MBase Marketing, Nicky Fun.

“Banyak rekaan beg di pasaran sekarang bersifat terlalu ‘eksekutif’. Subtle hadir dengan rekaan yang lebih progresif dan berani, serupa dengan gaya hidup urban yang dinamik.

“Kami mahu mendorong minat penonton muda yang mencari sesuatu yang berfungsi tetapi tetap mempunyai identiti yang kuat,” kata Nicky.

Beliau menambah bahawa koleksi ikonik ‘MainStreet’ menggunakan fabrik nilon kalis air berketumpatan tinggi yang sangat sesuai dengan iklim tropika Malaysia.

Produk seperti beg galas Wander Traverse dan Indie Side Pack direka dengan praktikaliti tinggi termasuk ruang penyimpanan yang luas.

“Kami sangat mementingkan aspek ergonomik. Beg kami bukan sahaja nampak ‘cute’ dan lembut, tetapi ia mempunyai ruang yang luas untuk barangan harian seperti botol air atau payung.

“Malah, bahan yang digunakan sangat unik, ia tahan lasak dan mengekalkan kualiti premium walaupun digunakan secara aktif,” jelas Nicky lagi.

Sebagai nilai tambah sempena musim perayaan, pihak penganjur turut menyediakan bungkusan reben percuma untuk setiap pembelian produk Subtle bagi memudahkan urusan pemberian hadiah pelanggan.

Sepanjang tempoh acara pop-up ini, pelanggan boleh menikmati ganjaran berperingkat merangkumi diskaun 10 peratus untuk pembelian satu barangan dan diskaun 20 peratus untuk pembelian dua barangan atau lebih dalam satu resit.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM300 bagi produk Subtle berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah premium.

Orang ramai dijemput hadir ke Sunway Pyramid untuk merasai sendiri kualiti produk dan mendengar sendiri kecemerlangan audio yang ditawarkan sebelum promosi berakhir pada 4 Januari 2026.

Komen
Loading...