Ikuti Kami:

Suami Youtuber Popular Serang Isteri Dalam Keadaan Mabuk

Suami Youtuber Popular Serang Isteri Dalam Keadaan Mabuk

Kecoh media sosial apabila seorang lelaki yang merupakan suami kepada pemilik akaun Youtube memasak terkenal dikatakan telah ditahan kerana menyerang isterinya kelmarin.

Pihak polis juga telah mengesahkan lelaki tersebut kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Hakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Suspek yang berusia 29 tahun itu dikhabarkan telah bertengkar di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh. Ia dipercayai berlaku selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Pertelingkahan itu juga berpanjangan sehingga keesokan harinya di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.”

Kemudiannya, seorang pengawal keselamatan menerima laporan bahawa seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Sumber sama menjelaskan yang suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu dan menyatakan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan selain percaya bahawa ia berkaitan dengan masalah keluarga.

Komen
Loading...