Ikuti Kami:

Suami Lafaz Cerai Sebab Lahirkan Anak ‘Istimewa’

Suami Lafaz Cerai Sebab Lahirkan Anak ‘Istimewa’

Tular di TikTok pengalaman pedih yang pernah dilalui ibu-ibu ketika berada di wad bersalin. Ada yang mengalami sendiri pengalaman itu, ada juga yang menyaksikan bagaimana pengorbanan para ibu tidak dihargai suami.

Antara yang paling mengejutkan adalah suami sanggup menceraikan isteri dengan talak 3 gara-gara melahirkan bayi istimewa ‘sindrome down’.

Ada juga suami yang tidak dapat menerima kenyataan anak sumbing sehingga nekad menceraikan isteri yang masih berada di bilik bersalin.

Di kala isteri memerlukan sokongan suami akibat keguguran, ada segelintir yang langsung tidak mengendahkan sakit pening isteri.

Saya pernah masuk wad sebab keguguran, suami tak datang. Saya sampai balik sendiri jalan kaki ke rumah. Bila dah sampai tengok dia ketawa-ketawa dengan keluarga dia depan TV.

Malah, suami menganggap isteri sebagai menyusahkan kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit di hospital.

Di ruangan komen, para wanita meluahkan rasa terkejut dan mengkritik tindakan segelintir suami yang tidak berperikemanusiaan.

Bila perkahwinan bersebabkan nafsu semata-mata, lebih baik jangan berkahwin lah. Kesian kaum perempuan teraniaya.

Jelas mereka, isteri yang sudah bertarung nyawa melahirkan zuriat sepatutnya dilayan dengan baik bukannya membuang mereka seperti ‘kain buruk’.

Komen
Loading...