Ikuti Kami:

StarCruises Lancar Star Voyager: Pelayaran Medan & Singapura dari Pelabuhan Klang

StarCruises Lancar Star Voyager: Pelayaran Medan & Singapura dari Pelabuhan Klang

Pelabuhan Klang menjadi tumpuan musim cuti sekolah ini apabila syarikat pelayaran terkemuka, StarCruises, melancarkan pelayaran eksklusif Star Voyager ke Medan dan Singapura bermula 28 Mei hingga 6 Jun 2025.

Empat pelayaran selama empat hari tiga malam dijadualkan pada tarikh 28 dan 31 Mei serta 3 dan 6 Jun, menawarkan pilihan ideal kepada seisi keluarga dan kumpulan rakan yang ingin menikmati percutian singkat tetapi bermakna.

Star Voyager yang baharu sahaja menjalani proses naik taraf bernilai USD$50 juta tampil dengan pelbagai pembaharuan termasuk kabin moden, fasiliti lengkap dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

Pelbagai jenis bilik ditawarkan kepada penumpang termasuk Inside Room, Oceanview, Balcony dan suite mewah The Palace yang disertakan dengan perkhidmatan butler peribadi.

Pelayaran bermula dari Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang menuju ke Medan, Indonesia yang terkenal dengan keindahan warisan budaya serta keunikan kulinari. Antara lokasi wajib dikunjungi termasuk Istana Maimun dan Masjid Raya Al Mashun.

Tidak lengkap perjalanan ke Medan tanpa mencuba juadah popular seperti Soto Medan, Bika Ambon dan Durian Ucok.

Destinasi seterusnya ialah Singapura. Kapal akan berlabuh di Singapore Cruise Centre yang terletak bersebelahan HarbourFront dan VivoCity, memudahkan akses ke pelbagai tarikan pelancong seperti Gardens by the Bay, Merlion Park serta kawasan budaya seperti Chinatown dan Kampong Glam.

Bagi penggemar membeli-belah, Orchard Road menanti dengan deretan butik dan pusat membeli-belah terkenal.

Star Voyager juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang pelayaran termasuk taman air, gelongsor air, dinding panjat batu, zon permainan kanak-kanak serta pertunjukan pentas langsung di Zodiac Theatre.

Restoran Lido di atas kapal turut menyediakan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa termasuk menu Halal yang disahkan.

Harga pakej bermula serendah RM939 seorang untuk kabin berkongsi dua orang, menjadikannya pilihan mampu milik bagi mereka yang ingin menikmati percutian mewah tanpa perlu ke luar negara dengan cara konvensional.

Maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi www.stardreamcruises.com atau menerusi ejen pelancongan yang dilantik.

Komen
Loading...