Ikuti Kami:

SPRM Sahkan Alif Teega Bakal Didakwa Esok

SPRM Sahkan Alif Teega Bakal Didakwa Esok

Pempengaruh media sosial, Alif Teega bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan, pihak SPRM berkata yang mereka telah mendapat keizinan untuk mendakwa Alif atau nama sebenarnya, Alif atau Mohad Hazalif Mohd Hazani menerusi satu hantaran di Tiktok agensi itu.

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya, hari ini.

Menurut sumber Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya.

Untuk info, sebelum ini pasangan selebriti itu telah ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma orang awam dan telah menjalani tahanan reman sehingga 16 Julai lepas.

Komen
Loading...