Ikuti Kami:

Speedy Tawar Promosi Terakhir Kerana Penutupan Seluruh Operasi

Speedy Tawar Promosi Terakhir Kerana Penutupan Seluruh Operasi

Ramai orang tentu mempunyai banyak kenangan bersama kedai Speedy. Setiap kali album baru keluar, pasti akan serbu ke cawangan Speedy terdekat untuk dapatkan album baharu.

Kini, penjualan DVD dan CD tidak lagi rancak seperti dahulu kerana orang ramai lebih memilih menonton di rumah dengan menggunakan aplikasi seperti Netflix, Iflix dan sebagainya.

Kedai Speedy sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita sebelum ini. Nampaknya, ini adalah pengakhiran untuk kedai Speedy dan pastinya ramai yang akan berasa sedih.

Semalam, Speedy Video Distributors Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa kesemua cawangannya di Malaysia akan ditutup. Hal ini diumumkan oleh Speedy menerusi Facebook rasminya.

DVD filem dan album dijual dengan harga promosi bermula serendah RM10 sahaja serta terdapat juga promosi beli 7 untuk harga RM35 sahaja. Buat anda yang ingin membuat koleksi filem atau album lagu yang ‘old-school’ masih boleh dapatkan jika terdapat stok di cawangan tersebut.

Pihak Speedy turut mengucapkan terima kasih atas sokongan anda sebelum ini.

Komen
Loading...