ETATA-UNIS: Era baharu angkasa bermula hari ini dengan pelancaran dua angkasawan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) ke angkasa oleh SpaceX.
Selama lebih enam dekad, ia adalah simbol kekuasaan bagi beberapa negara, di mana Amerika Syarikat (AS) sendiri perlu menunggu selama sembilan tahun.
Pelancaran telah ditunda kepada Sabtu, 30 Mei, jam 3.22 petang waktu tempatan akibat daripada cuaca yang tidak mengizinkan.
Roket SpaceX yang membawa kapsul kru Dragon di akan dilancarkan melalui Pad Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy, tempat di mana Neil Armstrong dan krew Apollo beliau melalui pengembaraan bersejarah ke bulan.
Ia bakal dikendalikan oleh dua angkasawan NASA, Bob Behnken dan Doug Hurley, menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Pelancaran itu akan diteruskan walaupun terdapat arahan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.
Kedua-dua angkasawan itu sudah dikuarantin dua minggu lalu.
Agensi angkasa membayar lebih AS$3 bilion (RM13 bilion) untuk SpaceX, mencipta, membina, menguji dan mengendalikan kapsul guna semula untuk enam perjalanan pergi dan pulang.
Presiden AS, Donald Trump dijangka menghadiri pelancarannya di Florida. – AFP