soundcore Lancar Earbud Flagship 22 Mei Ini, Berasaskan Cip AI ANKER Thus™ Terbaharu
- oleh MDaily Editor
- 19 May 2026 1:11 pm
Jenama audio pintar di bawah Anker Innovations, soundcore, bakal melancarkan fon telinga (earbud) ‘flagship’ generasi baharunya secara rasmi pada 22 Mei ini, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam inovasi audio premium.
Pelancaran itu bakal menyaksikan pengenalan ANKER Thus™, cip audio kecerdasan buatan (AI) neural-net compute-in-memory yang pertama di dunia, direka khas untuk menetapkan piawaian baharu dalam sistem kecerdasan audio pada peranti.
Dengan menyatukan seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan memori, cip Thus™ berupaya memberikan kuasa pengkomputeran sehingga 150 kali ganda lebih tinggi untuk prestasi yang lebih pantas, pintar dan cekap.
soundcore dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyepaduan teknologi terbaharu itu akan membawa perubahan ketara kepada pengalaman pengguna dalam dunia nyata.
“Antara keupayaan utama teknologi ini termasuklah fungsi Panggilan Jelas (Clear Calls) dalam persekitaran bising, Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) yang lebih adaptif, keupayaan Kawalan Suara yang dipertingkat, serta prestasi Signature Sound dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi untuk jangka hayat bateri yang lebih lama,” kata kenyataan itu.
Langkah ini juga mencerminkan fokus strategik soundcore dalam memperkukuh kedudukannya dalam kategori Stereo Wayarles Sebenar (TWS) ‘flagship’ dan premium, bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat terhadap peranti audio peribadi yang lebih pintar serta adaptif untuk gaya hidup harian.
Sebagai jenama fon kepala tanpa wayar nombor satu dunia yang telah bertapak selama 15 tahun, soundcore kini telah memberi perkhidmatan kepada lebih 52 juta pengguna di lebih 100 buah negara, dengan jualan global melebihi 85 million unit.
Bagi pasaran tempatan, produk terbaharu ini menawarkan jaminan waranti selama 18 bulan sebagai tanda keyakinan terhadap kualiti inovasi jenama berkenaan.
Butiran penuh mengenai spesifikasi dan harga produk bakal didedahkan pada hari pelancaran tersebut.
Peranti ini akan tersedia untuk pembelian dalam talian menerusi stor rasmi soundcore di platform Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Selain itu, para pelanggan di Malaysia juga boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan produk ini secara fizikal di butik Asia Tenggara pertama Anker Innovations yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di https://www.soundcore.com/ atau ikuti perkembangan terkini di laman Facebook dan Instagram @ankerinnovations.my.
