Ikuti Kami:

“Sore: Istri Dari Masa Depan” Tayang Di Malaysia Bulan Ini, Bakal Ke Oscar 2026

“Sore: Istri Dari Masa Depan” Tayang Di Malaysia Bulan Ini, Bakal Ke Oscar 2026

Filem romantik fantasi popular Indonesia, Sore: Istri dari Masa Depan, bakal menemui penonton Malaysia di pawagam seluruh negara bermula 25 September ini, selepas mencatat lebih daripada 3 juta penonton di tanah airnya.

Lebih membanggakan, karya arahan Yandy Laurens itu turut dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Academy (Oscar) ke-98 tahun 2026 bagi kategori Best International Feature Film.

Pengumuman mengenai pencalonan berprestij ini dibuat pada 8 September oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia (The Indonesian Oscar Selection Committee), badan di bawah Persatuan Perusahaan Film Indonesia (PPFI) yang diiktiraf secara rasmi oleh pihak Academy.

“Kami berasa sangat bersyukur kerana Sore: Istri dari Masa Depan diberi kepercayaan mewakili Indonesia ke Oscar. Harapan kami agar ia terus mendapat sokongan penuh, termasuk daripada penonton di Malaysia,” kata penerbit filem, Suryana Paramita.

Menurut pengarah dan penulisnya, Yandy Laurens, pemilihan ini menjadi satu penghormatan besar untuk pasukan produksi.

“Ini bukan sahaja satu kejayaan buat kami, tetapi juga untuk dunia perfileman Indonesia yang kini semakin mendapat perhatian di pentas antarabangsa,” jelasnya.

Dibintangi Sheila Dara, Dion Wiyoko, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, filem ini mengetengahkan kisah cinta dengan sentuhan fantasi yang dijangka memberi resonansi mendalam kepada penonton Malaysia.

Primeworks Studio bertindak sebagai rakan pemasaran rasmi bagi tayangan di Malaysia, dengan menjanjikan pelbagai kandungan eksklusif menerusi Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube mereka.

Komen
Loading...