IKLAN

Soloz Kini Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records, Catat 1.2 Juta Pengikut

Jika semalam rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasukan PUBG Mobile Malaysia muncul juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.

Terbaharu, pemain Mobile Legends tersohor negara, Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dimana namanya telah dimasukkan dalam buku rekod tersebut.

Difahamkan, Malaysia Book of Records telah mengumumkan satu rekod yang mengagumkan dimana Soloz telah mengumpulkan pengikut seramai 1.2 pengikut di Facebook untuk atlet esports.

IKLAN

Bagi anda yang tidak mengenalinya, beliau merupakan pemain Mobile Legends yang mewakili pasukan Bosskurr. Malah, kejayaan beliau mengumpulkan pengikut seramai ini juga dipengaruhi oleh aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebooknya itu.

Bukan hanya handal bermain Mobile Legends, beliau turut bermain permainan lain secara livestream seperti PUBG Mobile. Tahniah diucapkan Soloz dan diharap akan terus melakar kejayaan untuk mengharumkan nama negara kelak.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN