Ikuti Kami:

Solat Tarawih Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Tanpa Jemaah Awam

Solat Tarawih Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Tanpa Jemaah Awam

Arab Saudi menggantung sembahyang tarawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah pada Ramadan ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, berkata justeru solat tarawih akan diadakan tanpa jemaah awam di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Beliau dalam satu kenyataan melalui Twitter menjelaskan bahawa sembahyang tarawih hanya akan membabitkan kakitangan masjid berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, iktikaf turut dibatalkan di kedua-dua masjid terbabit, manakala ibadat umrah pula masih digantung sehingga makluman lanjut.

Komen

Loading...