Ikuti Kami:

Sofea Shra Hidap Rabdomiolosis Selepas ‘Join’ Kelas Spin – ‘Kisah Yang Membuatkan Saya Hampir Mati’

Sofea Shra Hidap Rabdomiolosis Selepas ‘Join’ Kelas Spin – ‘Kisah Yang Membuatkan Saya Hampir Mati’

Pempengaruh media sosial iaitu Sofea Shra berkongsi pengalamannya yang secara tiba-tiba diserang masalah kegagalan buah pinggang selepas menyertai kelas senaman ‘spin’.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sofea menjelaskan pada awalnya dia hanya menganggap sakit yang dirasai di bahagian otot kaki adalah kekejangan biasa saja.

Namun, tidak menyangka sakit itu berlarutan sehingga membuatkan dirinya sukar untuk tidur malam.

Minggu lalu, saya saja teman kawan pergi ‘spin class’. Saya ini bukan lah seorang yang rajin bersenam tapi saya nak cuba sebab nampak seronok.

Salah saya kerana tak buat carian terlebih dahulu mengenai senaman ini jadi saya tak tahu apa-apa.

Selepas habis kelas, kaki saya sakit sangat sangat tapi ingatkan normal saja macam bengkak begitu.

Jadi, saya pergi jumpa doktor sebab tak boleh tidur kerana peha saya sakit sangat. Doktor beri suntikan untuk hilangkan sakit tetapi saya masih rasa sakit.

Pelik dengan kesakitan yang dialami, Sofea sekali lagi pergi ke hospital bagi mendapatkan konsultasi selepas disarankan oleh seorang jurulatih ‘spin’ yang membaca ciapannya di aplikasi Threads.

Sofea kemudiannya disahkan menghidap rabdomiolosis iaitu keadaan apabila otot rangka yang rosak terurai dengan cepat.

Selepas saya buat ciapan mengenai sakit yang saya alami, seorang ‘spin instructor’ menyarankan saya untuk membuat pemeriksaan bersama doktor kerana kemungkinan saya menghidap rabdomiolosis.

Saya pergi juga hospital dan bagitahu doktor yang saya nak ‘check urine’ saja.

Akhirnya, doktor yang ketiga saya jumpa buat ‘blood test’ dan sahkan saya menghidap rabdomiolosis.

 

Selepas disahkan menghidap penyakit rabdomiolosis, Sofea terus dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Untuk pengetahuan anda semua, bacaan normal bagi ‘Creatine Kinase’ (CK) adalah kurang daripada 300 tetapi cuba teka saya punya berapa? Lebih daripada 55,000.

Saya terus dimasukkan ke hospital sebab doktor cakap dah teruk sangat sangat dan kalau lambat, sistem badan saya mungkin akan gagal untuk berfungsi.

Saya rasa sangat takut dan menangis berkali-kali dengan keadaan saya ini.

Kini, Sofea memaklumkan keadaan dirinya sudah beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan.

Sofea juga menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang sentiasa memenani sepanjang tempoh dirinya mendapatkan rawatan di hospital.

Saya dah keluar dari hospital dan Alhamdulillah saya makin pulih sekarang.

Saya rasa sangat bersyukur kerana ibu saya sentiasa berada di samping saya sepanjang tempoh saya mendapatkan rawatan.

Terima kasih juga buat kalian yang telah melawat saya di hospital dan terima kasih mendoakan kesihatan saya.

Saya harap sesiapa sahaja yang melihat posting saya ini diberikan kesihatan yang baik.

Di akhir hantaran, Sofea menyifatkan pengalaman yang dirasainya ini sebagai satu pengajaran untuknya sentiasa bersyukur dengan segala yang diberikan Allah SWT.

Sumber
Komen
Loading...