IKLAN

Sneaker Dior CD1 Hadir Dalam Rona Pure White

Pencarian sneaker putih paling sempurna memang masih belum berakhir dan kami sendiri sering memberi perhatian kepada pereka kasut yang berani tampil dengan rekaan hampir 100 peratus putih dengan lebih kreatif.

Sneaker dengan rekaan klasik Dior CD1 kini hadir dalam warna Pure White yang memberikan gaya sukan mewah untuk ditambah dalam koleksi anda.

IKLAN

Model terbaru ini menggunakan calfskin (kulit lembu) dan fabrik jaring (mesh) sebagai tekstur utama, tapak getah kelabu dan midsole tebal berlogokan Dior sebagai identiti jenama.

Dijual pada harga $1,050 (~RM4,580), sneaker Dior CD1 dalam rona putih penuh ini boleh mula didapati hari ini.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN