Sisik Royal Buffet: Syurga Seafood dan Ikan Bakar Sempena Ramadan
- oleh Mohd Indera
- 4 bulan lalu

Sisik Royal Buffet bakal memeriahkan Ramadan tahun ini dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Bertempat di Kelab Darul Ehsan, Shah Alam, bufet mewah ini akan berlangsung dari 4 Mac hingga 29 Mac 2025, bermula jam 7 malam hingga 9.30 malam.
Dengan tema “Syurga Seafood dan Ikan Bakar,” pelanggan dijanjikan pelbagai pilihan lebih 150 juadah hidangan lazat yang menampilkan makanan laut segar, kambing bakar, dan juadah tradisional Melayu.
Dari hidangan ikan patin masak tempoyak durian fresh sehingga ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, udang dan sotong goreng tepung serta nasi kenduri, semuanya memenuhi selera.
Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, berkata ia mampu bertahan dan diikuti penggemar setia sejak beroperasi di Klang pada pada 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu membuktikan hidangan di Sisik menjadi pilihan ramai.
“Sisik sudah tahun kedua beroperasi di Kelab Darul Ehsan dan ini kali pertama kami menawarkan pakej berbuka puasa kerana pada Ramadan 2023 kami hanya mengambil tempahan awal.
“Ini kerana ramai meminta kami mengadakan pakej buffet sekali gus memberi memudahan kepada pelanggan apabila lokasi ini turut dilengkapi kawasan pakir luas, surau dan tandas.
“Kapasiti ruang Sisik juga besar dengan kapasiti 400 pelanggan pada satu masa termasuk bilik berpenghawa dingin,” katanya.
Pada masa sama, Noralinda turut mengakui trademark Sisik sebagai penyaji ikan bakar popular diteruskan apabila tukang masak berpengalaman mengril semua makanan laut di depan pengunjung.
Antaranya sotong dan udang segar bersama adunan sambal resipi turun temurun bahkan ‘bintang’ utama Sisik Royal Buffet iaitu Patin Tempoyak Air Bukit juga dijangka membuatkan pelanggan kembali ke Sisik buat kali kedua.
Juadah istimewa lain ialah nasi kenduri diacu ayam merah dan jelatah selain lauk pauk Melayu bersama aneka sambal dan pilihan seafood goreng tepung selain seleksi mi termasuk laksa dan takoyaki.
Kuih muih tradisi Melayu turut memenuhi meja manisan sebaris dengan pelbagai kek, dessert, bubur manis serta rojak buah.
Bagi yang ingin memdapatkan harga earlybird RM89 tempahan sebelum 12 Februari 2025, harga promo RM97 tempahan sehingga sehari sebelum Ramadan berbanding harga asal untuk dewasa iaitu RM119, dan Kanak Kanak 69 ringgit.
Bagi mereka yang berminat, tempahan boleh dibuat segera melalui Whatsapp +601161811167 atau layari www.sisikmedanikanbakar.com
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian istimewa dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Tempah tempat anda sekarang dan nikmati kemeriahan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan di Sisik Royal Buffet!