Ikuti Kami:

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menyimbah seorang lelaki sindrom down dengan air panas di Balik Pulau, semalam, dikenakan perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Bharian,  perintah reman itu ke atas wanita berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau, bermula hari ini hingga Rabu dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) melecur depan dan belakang badan akibat disimbah air panas oleh jirannya dalam kejadian pada jam 9.20 pagi semalam.

Mangsa berusia 33 tahun kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditahan di bawah blok apartment terbabit malam tadi dan polis turut merampas beg tangan dan bekas air disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu.

Video insiden di dalam lif yang berdurasi 20 saat itu turut tular melalui media sosial dan warga siber mengecam tindakan wanita terbabit.

Sumber
Komen
Loading...