Ikuti Kami:

SICC Bakal Bergegarkan Dengan Konsert Solo Mega “Aku Stacy Menggegar Kota U” Pada 21 Jun Ini

SICC Bakal Bergegarkan Dengan Konsert Solo Mega “Aku Stacy Menggegar Kota U” Pada 21 Jun Ini

Sabah International Convention Centre (SICC) bakal menjadi saksi kepada sebuah persembahan luar biasa apabila penyanyi popular kelahiran Sabah, Stacy, mengadakan konsert solo mega sulungnya di tanah kelahiran menerusi “Aku Stacy Menggegar Kota U” pada 21 Jun ini.

Pengumuman rasmi konsert ini dibuat dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di kawasan luar SICC, berlatarbelakangkan keindahan laut dan matahari terbenam.

Stacy memukau para media, tetamu VIP serta rakan artis dengan persembahan akustik tiga lagu ikonik — Pelangi Senja, Not For Sale, dan Jahat — sejurus selepas muncul bergaya dalam persalinan serba putih.

Konsert anjuran Rhythm & Rhyme Entertainment dengan kerjasama U Mobile ini dijangka menjadi antara konsert paling dinanti tahun ini, apatah lagi ia menampilkan Stacy bukan sekadar sebagai penyanyi utama, tetapi juga sebagai pengarah kreatif sepenuhnya.

“Saya mahu jadikan konsert ini hadiah istimewa untuk orang Sabah. Akan ada gabungan penari dari Semenanjung dan Sabah, pelbagai gimik serta elemen kejutan. Ia akan jadi satu pengalaman yang penuh warna dan tenaga!” ujar Stacy.

Menambahkan keterujaan, konsert ini turut menampilkan segmen istimewa duet Stacy bersama suaminya, Akim Ahmad. Pasangan romantik ini dijangka menghidupkan pentas dengan persembahan penuh emosi dan ‘bersemut’, sekali gus menjadi antara kemuncak malam konsert tersebut.

Konsert “Aku Stacy Menggegar Kota U” bukan sekadar persembahan biasa. Ia merupakan penghormatan kepada perjalanan seni Stacy dari era Aku Stacy hingga ke Menyala, dengan susunan muzik, koreografi dan visual pentas bertaraf antarabangsa yang dijanjikan akan memukau penonton.

“Setiap lagu ada ceritanya. Saya mahu semua yang hadir pulang dengan rasa puas, terhibur dan terinspirasi,” kata Stacy.

Konsert “Aku Stacy Menggegar Kota U” bukan sekadar persembahan biasa. Ia merupakan penghormatan kepada perjalanan seni Stacy dari era Aku Stacy hingga ke Menyala, lengkap dengan susunan muzik baharu, koreografi segar dan visual pentas bertaraf antarabangsa.

Tiket untuk menyaksikan konsert ini mula dijual sejak 10 April melalui laman web rasmi Ticket2U, dengan harga tiket bermula dari RM137 hingga RM6,000 mengikut kategori tempat duduk dan keistimewaan yang ditawarkan.

Peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini konsert ini boleh melayari akaun media sosial rasmi Stacy serta U Mobile untuk maklumat lanjut, kandungan eksklusif di sebalik tabir dan pelbagai kejutan menjelang hari konsert.

Konsert ini dijangka menjadi detik gemilang dalam sejarah seni persembahan tanah air, dan sudah tentu menjadi kenangan terindah buat rakyat Sabah.

Komen
Loading...