Ikuti Kami:

Siapa Bakal Menjadi Pemenang? Gempak Most Wanted Awards 2024 Umumkan Calon Top 5

Siapa Bakal Menjadi Pemenang? Gempak Most Wanted Awards 2024 Umumkan Calon Top 5

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 telah mengumumkan senarai calon Top 5 yang bakal memeriahkan malam anugerah berprestij ini.

Astro kembali mengangkat pilihan pengguna media sosial melalui acara ini, dengan tema tahun ini “Flex Your Art,” yang mengajak setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya mereka.

Sidang media eksklusif yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur menyaksikan pengumuman calon-calon yang bakal bersaing dalam pelbagai kategori, termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.

Antara calon terkemuka adalah penyanyi popular Aina Abdul yang mendominasi dalam tiga kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’ dengan lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bersama Fabio Asher, ‘Program Digital Tergempak’ dengan Confession Bilik Gelap, dan ‘Video Muzik Tergempak’ dengan lagu Puas Sudah.

Tidak ketinggalan, pemenang anugerah utama edisi 2023, pelakon Anna Jobling, yang turut kembali dicalonkan dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’ bersama pelakon terkenal seperti Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra dan Scha Elinnea.

Keputusan undian yang mencatatkan pencapaian luar biasa sebanyak 9.5 juta undian pada fasa pertama turut menunjukkan betapa besarnya minat rakyat Malaysia terhadap acara ini.

Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio, Astro, berkata Peningkatan undian yang luar biasa tahun ini mencerminkan sokongan serta minat mendalam rakyat Malaysia terhadap GMWA.

“Rekod ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan GMWA sebagai platform utama meraikan bakat dan personaliti digital, tetapi juga menjadi inspirasi buat kami untuk membawa edisi 2024 ke tahap yang lebih gemilang.”

“Kami amat berbesar hati dan teruja untuk terus meraikan kejayaan ini bersama para peminat dan komuniti digital.” katanya.

Syazwan juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fritilldea, pereka seni GMWA kali ini, yang telah berjaya merealisasikan idea-idea melalui visual yang luar biasa.

GMWA 2024 juga menyaksikan beberapa kategori baru yang memperkenalkan wajah-wajah baru dalam dunia digital, seperti kategori ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak’ yang menampilkan personaliti media sosial seperti Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy dan Yana Hassan.

Ini memberi peluang kepada pencipta kandungan baharu untuk meraih pengiktirafan.

Berikut adalah senarai penuh calon Top 5 GMWA 2024 dalam beberapa kategori utama:

Lagu/Audio Tergempak 2024

  1. Sabar, nape tak sabar ni? – Pipija
  2. Alahai – Ezra Kairo
  3. Angau – Fahimi Rahmat
  4. Cinta Tak Pernah Tepat Waktu – Aina Abdul & Fabio Asher
  5. Sangkar Derita – Haqiem Rusli

Program Digital Tergempak 2024

  1. Confession Bilik Gelap – Aina Abdul
  2. Dol’s Podcast – EP05 (Part 3)
  3. PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G
  4. Sembang Seram – Janna Nick
  5. Seram Selebriti – Fadhli Masoot

Drama Tergempak 2024

  1. Cinta Untuk Sekali Lagi – Astro Ria
  2. Dedaun Hijau Di Angin Lalu – Astro Ria
  3. Nuh & Nayla – TV3 Malaysia
  4. Syurga Itu Bukan Mudah – Astro Ria
  5. Uncle Boss Mama – Astro Ria

Video Muzik Tergempak 2024

  1. Belum Mulai – Insomniacks & Nabila Taqiyyah
  2. Classic – DOLLA
  3. Masing-Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
  4. OMK – Zubir Khan ft Ezra Kairo
  5. Puas Sudah – Aina Abdul

Selebriti Tergempak 2024

  1. Amir Ahnaf
  2. Anna Jobling
  3. Erysha Emyra
  4. Meerqeen
  5. Scha Elinnea

Bagi kategori ‘Keluang Man of the Year’, individu yang memberi impak positif dalam komuniti turut menerima penghargaan, dan senarai calon termasuk Aleeya Zailan, Yayan, Kapten Zahiruddin, dan ramai lagi.

Dengan persaingan yang semakin sengit, GMWA 2024 akan dimeriahkan dengan persembahan dari artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini dan ramai lagi.

Menariknya, persembahan istimewa dari seorang diva terkemuka serta band popular bakal membuat kejutan.

Undian fasa kedua bagi setiap kategori kini dibuka, dan pemenang utama akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 pada 23 Februari 2025 di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Siapa yang bakal menonjol dan membawa pulang anugerah utama? Sama-sama kita nantikan!

Komen
Loading...