Ikuti Kami:

Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan

Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan

SIAP berpakaian Baju Melayu berserta kain samping!

Itulah yang digayakan watak kartun terkenal SpongeBob SquarePants dan rakan karibnya Patrick Star, bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam.

Gambar comel yang dimuat naik menerusi akaun Twitter dan Instagram itu ternyata mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengenali agama dan kaum.

Mana tidaknya, watak SpongeBob pastinya sangat dikenali oleh kanak-kanak dan seisi keluarga di seluruh dunia.

Sebaik sahaja gambar ucapan itu dikongsi di akaun Twitter rasmi @Spongebob ia menerima pelbagai respon daripada peminat.

Tweet itu mendapat lebih 58,000 ‘retweet’ dan 70,000 jumlah ‘likes’ dalam masa hanya tiga jam selepas ia dimuat naik di Twitter pada Khamis.

Manakala di Instagram pula, gambar ucapan tersebut mendapat 200,000 jumlah sukaan dalam masa tiga jam.

Rata-rata reaksi menyifatkan gambar tersebut sungguh comel, sekali gus membuktikan ia mampu menyatukan seluruh manusia yang meminati kartun di ruangan komen.

Bukan sahaja dua watak terkenal itu menjadi bahan bualan netizen, malah pakaian tradisi orang Melayu iaitu Baju Melayu dan kain samping turut mendapat perhatian ramai.

Komen
Loading...