IKLAN

Sering Muncul Dalam "Live" PM, Jurubahasa Isyarat Ini Menjadi Sebutan Netizen

Sejak akhir-akhir ini, wajah jurubahasa isyarat yang sering menemani Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di kaca televisyen telah tular di media sosial, disebabkan ada netizen yang menyamakan gerakan bahasa insyarat yang dilakukan seakan-akan sedang bermain TikTok.

Meskipun penampilannya hanya terlihat kecil, namun peranannya amat penting dalam memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti pekak dan bisu memahami mesej yang disampaikan serta perkembangan semasa lain. Insan yang dimaksudkan adalah Tan Lee Bee.

Berkhidmat sejak 1986 

Sedar atau tidak, rupa-rupanya wajah ini sudah menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia sudah hampir 25 tahun. Difahamkan, Tan Lee Bee mula berkhidmat dalam bidang penyiaran menerusi sebuah program bual bicara di RTM iaitu Selamat Pagi Malaysia (SPM) sejak tahun 1986.

Mahir berbahasa isyarat, namun beliau tidak pernah mempelajarinya secara formal sewaktu menyertai RTM sebagai jurubahasa isyarat.

Segalanya bermula apabila Lee Bee yang berasal dari Labis, Johor menemani adiknya yang mengalami masalah pendengaran untuk bersekolah di sebuah sekolah khas di Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau berasa simpati dengan nasib adiknya, setiap hari beliau akan pergi ke sekolah berkenaan dan menunggu sehingga adiknya habis belajar.

IKLAN

Sejak itu beliau boleh menguasai bahasa isyarat dengan lancar dengan mengambil masa beberapa bulan sahaja setelah melihat apa yang diajar oleh guru kelas tersebut.

Mendapat sokongan Dr. Siti Hasmah untuk beliau mengambil latihan bahasa isyarat di Amerika Syarikat.

Ketika dipanggil untuk menjadi jurubahasa isyarat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali pada tahun 1988, Dr. Siti Hasmah dikatakan sangat kagum dengan kemahirannya dalam menggunakan bahasa tangan.

Oleh itu, beliau terus menggunakan kesempatan yang ada untuk meminta bantuan kepada Dr. Siti Hasmah agar menyokongnya mendapat latihan bahasa isyarat di Amerika Syarikat.

Siapa sangka seminggu kemudian permohonan berkenaan telah diluluskan. Beliau akhirnya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang ini selama setahun di Universiti Tennessee.

Merupakan jurubahasa isyarat di mahkamah-mahkamah seluruh negara.

Apabila ada kes-kes yang melibatkan golongan pekak, beliau pasti akan dipanggil untuk membantu. Lucunya, apabila ada kes rogol, mahu tak mahu dia terpaksa melakukan ‘pergerakan tertentu’ di mahkamah bagi memudahkan mangsa atau tertuduh memahami prosiding yang sedang dijalankan.

IKLAN

Bukan itu saja, jika sesuatu kes melibatkan kesalahan dadah beliau juga terpaksa membawa beberapa foto jenis-jenis dadah untuk ditunjukkan kepada tertuduh. Selain itu, beliau juga akan membawa kalender untuk ditunjukkan kepada tertuduh tentang berapa lama hukuman penjara yang perlu dilalui.

Perlu pantas berfikir!

Tan Lee Bee turut mengakui bahawa banyak cabaran yang perlu dihadapinya demi menyampaikan maksud sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam melakukan gerak tangan, mimik muka dan bahasa badan pada waktu yang sama sambil mendengar mesej yang di sampaikan. Bukan itu sahaja, bahasa isyarat yang disampaikan juga perlu memenuhi tahap Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Rata-rata netizen sangat mengagumi ketokohan yang ada padanya selain beranggapan wanita ini sebagai salah seorang wira negara yang patut diberikan pengiktirafan.

Sumber

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN