Ikuti Kami:

​‘Serantau Desa, Citarasa Mendunia’: Rasa Malaysia, Indonesia, Thailand di Tenera Hotel

​‘Serantau Desa, Citarasa Mendunia’: Rasa Malaysia, Indonesia, Thailand di Tenera Hotel

FOTO: Papadin.

Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Tenera Hotel & Suites tampil menawarkan pengalaman gastronomi unik melalui bufet bertema “Serantau Desa, Citarasa Mendunia” yang menggabungkan keaslian hidangan tiga negara jiran.

​Bermula 20 Mac hingga 18 April 2026, Grand Ballroom hotel berkenaan akan berubah menjadi destinasi ‘pengembaraan rasa’ yang menghimpunkan hidangan autentik dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand dalam satu lokasi.

​Pengurus Besar Tenera Hotel & Suites, Encik Fadzly Hamzah, berkata pemilihan tema itu bertujuan memberi nilai tambah kepada pengunjung untuk mengimbau memori berbuka puasa dengan kepelbagaian identiti rasa serantau.

​”Masakan Malaysia, Thailand dan Indonesia berkongsi akar budaya yang hampir sama, namun setiap negara mempunyai identiti rasa tersendiri. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian rempah, Thailand dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis, manakala Indonesia pula dengan hidangan berempah yang lebih pekat dan berani,” katanya pada majlis bersama media di sini, hari ini.

​Antara juadah utama yang menjadi tarikan termasuklah Dalcha Lutut Kambing, Gulai Kawah Raja Berangkat, dan Sup Gear Box yang mewakili citarasa tempatan.

​Bagi peminat masakan Indonesia, seksyen khas disediakan yang menampilkan Gulai Padang Urat Keting, Ayam Pop, dan Rendang Riau.

Manakala bagi ‘kaki makan’ yang merindui masakan Thailand, seksyen ‘Sawadikap’ di bahagian luar menyediakan Nasi Khao Mok Kambing Panggang, Tom Yam Merah, dan pencuci mulut popular, Pulut Mangga.

​Selain kepelbagaian menu, Tenera Hotel & Suites turut mencipta kelainan dengan mengintegrasikan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) bagi mengurangkan pembaziran makanan dan menjaga alam sekitar.

​Menurut Fadzly, pihak hotel melaksanakan inisiatif kreatif seperti menukarkan kulit telur menjadi baja dan memproses kulit nanas menjadi enzim pembersih saliran dapur bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.

​”Pembaziran bukan hanya pada sisa makanan, tetapi bagaimana kita mengolah bahan mentah untuk kegunaan lain. Inisiatif kecil ini adalah permulaan baik untuk kita menjaga kelestarian alam sekitar, khususnya di negeri Selangor,” tambahnya lagi.

​Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani, dan Adam AF yang menyokong penuh kempen sifar pembaziran pihak hotel.

​Baby Shima dalam ulasannya memuji langkah hotel yang mendidik pelanggan agar mengambil makanan secara berhemah.

​”Usaha ini sangat baik kerana dalam bulan Ramadan, kita perlu lebih sedar tentang pembaziran. Kemeriahan berbuka puasa masih boleh diraikan tanpa mengorbankan kelestarian alam sekitar,” katanya.

​Bufet Ramadan 2026 ini ditawarkan pada harga RM148+ (Dewasa) dan RM78+ (Kanak-kanak).

Hotel yang baru sahaja menerima anugerah Most Preferred Brand – Outstanding Muslim Friendly Hospitality daripada The BrandLaureate ini turut menawarkan pakej penginapan ‘Ramadan Staycation’ bermula dari RM390+ semalam.

​Untuk tempahan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8929 9600 atau melalui WhatsApp di 019-385 4796.

Loading...