Ikuti Kami:

Sepuluh Jenazah Pesakit COVID-19 Terpaksa Digali Semua Selepas Disahkan Negatif

Sepuluh Jenazah Pesakit COVID-19 Terpaksa Digali Semua Selepas Disahkan Negatif

Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur pesakit koronavirus di sini disahkan negatif COVID-19.

Lantaran itu, pihak berkuasa tempatan telah memutuskan untuk menggali semula kubur mereka untuk dipindahkan ke lokasi lain.

Menurut wakil Pejabat Perancangan Bandar Kota Bandung, Agus Hidayat, jenazah yang bakal dipindahkan disahkan negatif apabila keputusan ujian keluar selepas mereka meninggal dunia.

Tambahnya, sepuluh jenazah yang terlibat merupakan antara 70 jenazah yang telah dikebumikan dengan protokol COVID-19.

Semasa dirawat, sepuluh jenazah itu masih berstatus pesakit dalam pengawasan (PDP), katanya.

Susulan keputusan itu, kesemua jenazah itu bakal dikebumikan di lokasi lain mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Berdasarkan protokol pengendalian pesakit COVID-19, pengebumian akan terus dilakukan dalam tempoh empat jam jika pesakit berstatus PDP meninggal dunia

Di Bandung, pesakit yang meninggal dunia akan dikebumikan di blok khusus di Tempat Pemakaman Umum (TPU).

Sumber : Suara

Komen
Loading...