Ikuti Kami:

Sentuhan Moden, Elegan: ‘The Horizon’ Milik Carlo Rino Pelengkap Gaya Raya 2026

Sentuhan Moden, Elegan: ‘The Horizon’ Milik Carlo Rino Pelengkap Gaya Raya 2026

Carlo Rino, jenama fesyen kontemporari terkemuka, menyuntik elemen nostalgia dan keanggunan moden dalam sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi pelancaran koleksi terbaharu mereka, ‘The Horizon’.

Dilancarkan bersempena kempen Rona Raya, Graceful Gaya, koleksi ini diinspirasikan daripada keindahan garisan ufuk yang diterjemahkan melalui rekaan jalur mendatar, melambangkan kesinambungan tradisi dan perjalanan pulang ke kampung halaman yang cukup bermakna bagi rakyat Malaysia.

Koleksi ‘The Horizon’ bukan sekadar mementingkan estetika, malah direka khusus untuk memenuhi keperluan wanita aktif sepanjang musim perayaan.

Dari sesi kunjung-mengunjung hingga ke majlis rumah terbuka, setiap helaian dan aksesori menjanjikan keselesaan tanpa mengetepikan impak visual yang menawan.

Antara produk utama yang menjadi tumpuan termasuklah:
– Beg Tangan Variasi: Merangkumi rekaan Horizon Boston Bag, Tote Bag, Bucket Bag dan Shopper Bag yang menawarkan ruang luas dan praktikal.
– Barangan Kecil Kulit: Dompet pelbagai saiz seperti Zip Around Wallet dan Card Case untuk penyusunan yang lebih kemas dan bergaya.
– Horizon Sneaker: Memberikan sentuhan muda dan santai, sesuai bagi mereka yang mementingkan keselesaan sepanjang hari raya.

Menyentuh aspek rekaan, koleksi kali ini tampil dengan palet rona neutral yang lembut dan tona beige hangat.

Gabungan warna ini bukan sahaja mencerminkan ketenangan, malah memudahkan padanan dengan pelbagai jenis persalinan Raya, sama ada berbaju kurung tradisional mahupun gaya moden minimalis.

Menurut kenyataan Carlo Rino Group Berhad, koleksi ini adalah simbolik kepada kemanisan kebersamaan, seumpama aneka juadah kuih-muih yang tersusun rapi di atas dulang, mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian ikatan antara insan tersayang.

Koleksi ‘The Horizon’ kini boleh didapati di semua butik Carlo Rino dan gedung serbaneka di seluruh negara.

Bagi peminat setia yang gemar membeli-belah dari rumah, koleksi ini turut ditawarkan secara dalam talian melalui laman web rasmi serta platform e-dagang popular seperti TikTok, Shopee, dan Lazada.

Loading...