Ikuti Kami:

‘Selera Senja’ Kembali di Temu Jelatek, Harga Serendah RM77

‘Selera Senja’ Kembali di Temu Jelatek, Harga Serendah RM77

Alqina Cuisine Sdn Bhd kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini dengan penganjuran bufet ‘Selera Senja’ buat tahun kedua berturut-turut, bertempat di dewan eksklusif Temu Jelatek Event Space.

Pengurusnya, Puan Sherina berkata, penganjuran kali ini membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman kulinari berkualiti tinggi dengan mengekalkan elemen nostalgia klasik buat para pengunjung.

“Bagi edisi tahun ini, kami melanjutkan tempoh operasi kepada empat hari seminggu iaitu dari Khamis hingga Ahad, berbanding hanya tiga hari pada tahun lalu berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan tetap dan baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis prapembukaan bufet tersebut di sini, hari ini.

Puan Sherina

Menurut beliau, antara tarikan utama yang menjadi kegemaran ramai termasuklah hidangan kambing golek serta daging salai yang disediakan secara tradisional menggunakan salaian arang, dihidangkan bersama pulut dan ubi rebus bagi membangkitkan getaran zaman dahulu.

Menyentuh mengenai harga, Puan Sherina menjelaskan kadar bagi dewasa ditetapkan pada RM77, manakala bagi kanak-kanak dan warga emas adalah RM55.

“Menariknya tahun ini, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial, kami menawarkan hidangan secara percuma kepada anak-anak istimewa yang menghidap autisme dan Down Syndrome,” tambah beliau.


Majlis ini turut meraikan kehadiran 54 orang wakil daripada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al Barakh

Dewan Temu Jelatek yang dikendalikan oleh Alqina Cuisine sejak awal 2025 itu mampu memuatkan sehingga 700 tetamu, namun bagi menjamin keselesaan pengunjung dan ruang solat yang mencukupi, kapasiti bagi bufet Ramadan dihadkan kepada 500 orang pada satu-satu masa.

Terdahulu, majlis pelancaran hari pertama iftar itu turut disantuni dengan kehadiran 54 wakil daripada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Al Barakh.

Majlis diserikan dengan penyampaian duit raya dan hadiah oleh Pengarah Alqina Cuisine Sdn Bhd, Chef Firdaus Haji Omar yang juga merupakan seorang pengamal industri F&B yang berpengalaman selama lebih 20 tahun.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi talian berikut 013-682 9159 (Sherina), 018-910 4963 (Farhana) atau 010-421 4054 (Naim).

Maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi platform media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi ‘Temu Jelatek’.

Loading...