Selera Bonda Buffet Dinner Istimewa di St Giles Boulevard Hotel Sempena Bulan Ramadan
- oleh Mohd Indera
- 4 hari lalu
Nikmati pengalaman berbuka puasa yang memuaskan di The Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan Selera Bonda Buffet Dinner yang istimewa.
Bermula 4 hingga 28 Mac 2025, Wildrice Restaurant di tingkat 9 akan menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang menggamit selera dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam setiap hari.
Dibawakan khas oleh Chef Razi, buffet ini menampilkan sebanyak 210 hidangan makanan seperti Kambing Golek, Nasi Bukhari, Gulai Kawah, Sup Thai, Lemang, Sate, Ayam Bakar, Murtabak, Roti Canai dan banyak lagi pilihan yang sempurna untuk menemani anda berbuka puasa.
Setiap hidangan membawa citarasa tradisional dengan sentuhan moden yang segar.
Anda juga boleh menikmati hiburan menarik daripada Kelly Azman dan Ani Mayuni sepanjang sesi berbuka puasa, menjadikan malam ini lebih istimewa.
Harga untuk buffet ini bermula pada RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga ‘Early Bird’ yang istimewa iaitu RM85, yang boleh didapati bermula sekarang!
Tempah tempat anda sekarang dan rasai pengalaman berbuka puasa yang memoriabel di St Giles Boulevard Hotel.
Untuk tempahan, hubungi pasukan tempahan di +60 12-4008691 (Anis) atau lawati laman web kami di www.stgileshotels.com.