Ikuti Kami:

Selepas Teruk Dikecam, Pemilik Butik Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Selepas Teruk Dikecam, Pemilik Butik Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai butik muslimah Leeyanarahman yang dikatakan telah bertidak mendiam kan diri selepas pelanggan meminta duit refund susulan dari kegagalan mereka untuk menyiapkan baju sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bermula dari 1 ciapan akhirnya ramai pelanggan yang tampil menceritakan perkara yang sama menyebkan butik berkenaan teruk dikecam di media sosial

Selepas beberapa ketika mendiamkan diri, pemilik butik muslimah itu akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

Memetik Gempak, Nur Liyana Abdul Rahman yang dihubungi berkata semua masalah ini berpunca dari kegagalan pihak kilang di Guangzhou, China yang gagal menyiapkan baju mereka seperti yang dijanjikan.

Malah menurut Liyana, pihaknya juga terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit susulan dari perkara tersebut

“Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan Covid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu.

“Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual.

“Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch). Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat.

“Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai. Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodoh dari mereka

“Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG). Saya buat video dan bagi kepada lima orang ‘admin’ saya.

“Setiap ‘admin’ itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan ‘refund’ semuanya.

“Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan maki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi

“Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi ‘scammer’. Bayangkan beribu-ribu punya ‘refund’.

“Setiap hari kami cuba untuk ‘refund’ seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka.

“Itu situasi sebenar. Tak ada istilah kami makan atau ambil duit pelanggan. Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk ‘rolling’ perniagaan.

Semakan di twitter didapati pelanggan sudah mula mendapat “refund” dari pihak butik.

Sumber: Gempak

Foto : Instagram Leeyanarahman

Komen
Loading...