Selepas Disenarai Di Pasaran Saham, Bekas Pekerja Cerita Realiti Sebenar Kerja Di Kedai Runcit Ternama
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Dalam satu siri ciapan yang tular di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter), bekas pekerja 99 Speedmart tampil berkongsi pengalaman realiti bekerja di jenama yang kini pengasasnya sudah bergelar juawan.
Dalam siri ciapan tersebut, antara dakwaan yang menjadi keluhan di kalangan pekerja ini adalah gaji yang rendah, waktu kerja yang panjang, dan manfaat yang hampir tidak wujud.
“So berapa gaji minimum dia bayar pekerja kedai? 3k? 4k? Seminggu kerja 5 hari? 6 hari? Ada annual dinner? Ada bonus? Ada company trip? Ada work union? Tak guna jadi billionaire kalau tak mampu bagi ni semua dekat pekerja. Done sembang benefit pekerja,”
kata salah seorang pengguna X yang membangkitkan isu ini selepas pengasas jenama ini mendapat status jutawan.
Melalui satu ciapan balas oleh seorang individu menggambarkan kekecewaannya terhadap faedah yang disediakan kepada pekerja.
Menurutnya, walaupun bekerja dengan jawatan sebagai pengurus cawangan atau pembantu pengurus, gajinya kurang daripada RM2,800.
Dia juga menyatakan tiadanya syif tetap dan cuti rehat, menjadikannya sukar untuk mengimbangkan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Tambahan pula, pemotongan terhadap kerja lebih masa (OT) dan pembayaran terhadap kerugian produk menjadikan situasi lebih buruk.
“Benefit? Kahkahhh. Jgn sembang benefit lah kalau 99, lebih kpd disadvantage mat… Gaji? <rm2800,” katanya dalam ciapan yang kini tular dengan lebih 78,000 tontonan.
Dalam ciapan lain, seorang pengguna menjelaskan bahawa 99 Speedmart mungkin tersenarai di Bursa Saham, namun kekayaan sebenar pemiliknya dibina atas penat jerih pekerjanya.
Gaji yang rendah, faedah yang tidak jelas, dan bekerja sepanjang masa termasuk hujung minggu menjadi sebab mengapa ramai pekerja memilih untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
“Bacalah replies daripada pekerja 99 Speedmart… Gaji rendah, kerja full hours, everyday including weekend, benefits entah ke mana etc,” katanya, sambil menambah bahawa keadaan ini yang membolehkan pemilik syarikat menjadi ‘billionaire.’
Diharapkan pihak pengurusan boleh mengambil komen bekas pekerja ini untuk menambah baik persekitaraan kerja yang lebih seimbang dengan manfaat dan gaji yang setimpal.
Untuk rekod, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan dengan kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.85 sesaham, mewakili premium sebanyak 12 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.65.
Sebanyak 53.8 juta juta saham bertukar tangan dalam dagangan berkenaan.
Tawaran awam permulaan (IPO) pengendali rangkaian kedai serbaneka 99 Speedmart itu merangkumi penjualan sebanyak 1.028 bilion saham biasa sedia ada dan terbitan awam 400 juta saham baharu pada harga RM1.65, untuk memperoleh dana sebanyak RM660 juta.