Selepas Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Kongsi Video Dengan Anak
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
Selepas 21 hari ditahan di Penjara Kajang, pendakwah selebriti Syed Iqmal, atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, kembali aktif di media sosial. Menerusi Insta Story miliknya, Syed Iqmal berkongsi video sedang menolak stroller anaknya di kawasan perumahan.
Namun, dia tidak memperlihatkan wajahnya mahupun bayi yang sedang tidur itu.
Ini adalah perkongsian pertama Da’i Syed selepas dibebaskan sementara. Kali terakhir Instagramnya dikemaskini adalah pada 20 Ogos, sehari sebelum dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan tiga kali sebatan.
Peguam Da’i Syed, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Mahkamah membenarkan permohonan ini di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah.- Kata peguam tersebut, tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Mahkamah menetapkan 24 September sebagai tarikh sebutan kes rayuan Da’i Syed.