Ikuti Kami:

Selepas 31 Tahun Lipanbara Umum Showcase ‘Serangan Kilat’

Selepas 31 Tahun Lipanbara Umum Showcase ‘Serangan Kilat’

Setelah 31 tahun menyepi dari dunia seni, kumpulan legenda Lipanbara kini membuat kemunculan semula dengan pengumuman showcase eksklusif mereka, ‘Serangan Kilat’.

Showcase ini bakal berlangsung pada 15 Februari di Warisan Hall, Sijangkang dan dijangka mengembalikan semula semangat peminat mereka yang merindui lagu-lagu ikonik seperti Seirama Aman Sentosa, Moga Sempurna, dan Blues Tongkat Ali.

Terakhir kali Lipanbara membuat persembahan pentas adalah pada tahun 1994 sebelum kesemua ahli kumpulan memilih untuk meneruskan perjalanan muzik secara solo.

Kini, dengan susunan ahli baru, Lipanbara kembali dengan angkatan yang lebih segar termasuk Zaff (gitar), Labut (dram), Ham (bass), Ali (kibordis), dan Oney yang kekal sebagai vokalis utama.

Menurut Ekmal Md Nor, Pengarah Ultimate Media, Showcase ini adalah titik mula untuk Lipanbara kembali aktif dan memperkenalkan anggota baru yang akan memastikan jenama Lipanbara terus hidup dan dikenali.

“Saya yakin dengan keunikan yang dimiliki oleh Lipanbara, ia membolehkan kumpulan ini pergi lebih jauh.” ujarnya.

Lipanbara kini tampil dengan pembaharuan dalam muzik mereka, beralih ke arah heavy hard rock, namun masih mengekalkan keunikan yang mengikat peminat setia mereka.

Oney, vokalis kumpulan ini, turut berkongsi perkembangan positif mengenai kesihatannya selepas diserang penyakit jantung pada tahun 2023.

“Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa saya telah pulih sepenuhnya daripada penyakit jantung. Namun begitu, saya masih mengambil langkah berhati-hati. Untuk showcase ini, saya telah membuat beberapa penyesuaian pada lagu-lagu supaya ia lebih sesuai dengan keadaan vokal saya,” ujarnya.

Oney turut menegaskan bahawa telah mendapat kebenaran daripada Papa Lote, individu yang memegang hak nama Lipanbara, memberi dorongan besar untuk meneruskan legasi kumpulan ini.

Antara perkara menarik yang bakal ditampilkan dalam showcase ini adalah pengubahsuaian lagu-lagu popular untuk disesuaikan dengan keadaan vokal Oney, yang baru sahaja pulih daripada masalah kesihatan jantung pada tahun lalu.

Sebanyak 15 lagu termasuk satu lagu saduran akan dipersembahkan kepada peminat.

Tiket untuk showcase ini dijual pada harga RM50 dan boleh didapati dengan menghubungi 0126717573

Komen
Loading...