Selamatkan 4 Remaja Lemas, Guru KAFA Sujud Syukur Terima RM7,000 & Skim Usahawan Tani
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) terbabit, kerajaan Perak menyampaikan sumbangan RM7,000 kepadanya selain turut menerima Skim Usahawan Tani Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak seluas satu hektar.
“Alhamdulillah, ini rezeki tidak dijangka dan terima kasih untuk semua penghargaan yang diberikan, cuma saya agak terkilan kerana masih belum dapat bertemu pasangan suami isteri yang turut membantu pada hari kejadian.”
Demikian kata Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, apabila menerima penghargaan kerajaan negeri selepas menyelamatkan empat remaja perempuan yang hampir lemas dalam tali air di Kilometer 28 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap, Kampung Gajah dekat Bota pada 27 Mei lalu.
Sementara itu, Mohd Akmal berkata, apa yang diberikan itu diberikan sebagai penghargaan atas keberanian dan sifat terpuji Muhamad Nor Imran yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa.
“Tindakan beliau yang sanggup menyelamatkan semua mangsa biarpun berdepan dengan arus kuat tanpa memikirkan nyawa sendiri wajar dihargai,” katanya.
Dalam kejadian pada 12.05 tengah hari itu, empat remaja terbabit dihanyutkan arus selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi rakan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air berkenaan.
Bagaimanapun, seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan daripada Muhammad Nor Imran.
Mohamad Nor Imran berkata, dia berhasrat mahu bertemu dengan pasangan suami isteri terbabit kerana kejadian itu dibantu mereka.
“Saya sudah cuba mencari mereka tetapi gagal. Sejujurnya saya susah hati hingga tak lena tidur memikirkan bagaimana mahu mengesan mereka kerana pasangan itu juga wajar diberi penghargaan.
Sumber: Metro
Foto : Media Sosial