Hiburan
“Selalu Orang Salah Ni Cakap Last” – Tidak Dapat Tahan Sebak, Aliff Aziz Dedah Alasan Sebar Cerita Bella Astillah ‘Curang’
- oleh Editor
- 5 bulan lalu
Lama mendiamkan diri sewaktu kontroversi ‘panas’ melanda, akhirnya pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu khalwat.
Dalam video pendek podcast ‘The Common Folks’, pelakon itu berkata dirinya memilih untuk berdiam diri kerana enggan mengeruhkan keadaan lagi.
“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.
“Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.
Kata Aliff, alasannya menyebarkan cerita ‘curang’ isteri, Bella Astillah dan Muaz Zabir sebelum ini kerna dihantui perasaan benci, marah dan penyesalan.
Namun begitu, aktor itu mengakui dia menyesal melakukan hal tersebut dan terlalu mengikutkan perasaan marah.
Komen
Loading...