Ikuti Kami:

“Selagi Ada”: Paklong Zam Angkat Kisah Pengorbanan Ibu Dalam Filem Pendek

“Selagi Ada”: Paklong Zam Angkat Kisah Pengorbanan Ibu Dalam Filem Pendek

Pengarah filem berbakat, Paklong Zam, terus mencipta nama dalam industri perfileman apabila terpilih menerima pemadanan Dana Kreatif Perak@PORT kali ke-6 bagi tahun 2024/2025.

Projek filem pendek terbarunya yang diberi judul “Selagi Ada” turut mendapat sokongan tambahan daripada rakan strategiknya, Win Rich Legacy, sebuah syarikat pengedar kosmetik dan wangian.

Filem “Selagi Ada” mengangkat tema kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak, diilhamkan daripada kisah benar yang menyentuh hati.

Menurut Paklong Zam, karyanya bertujuan menyampaikan mesej mendalam kepada penonton agar lebih menghargai jasa dan ketabahan seorang ibu.

“Inspirasi saya datang daripada kisah kehidupan sebenar yang penuh cabaran dan kecekalan. Saya mahu menyentuh jiwa penonton agar lebih menghargai pengorbanan seorang ibu,” katanya.

Selain menyoroti kecekalan seorang ibu, “Selagi Ada” turut mengangkat peranan wanita dalam kehidupan seharian.

Dengan pengalaman serta dedikasi tinggi dalam dunia perfileman, Paklong Zam berharap filem pendek ini dapat memberi impak besar kepada masyarakat.

Untuk memastikan capaian lebih luas, pemasaran dan promosi filem ini akan dikendalikan oleh Kulim Media.

Penggambaran dijangka bermula selepas Hari Raya dengan harapan hasilnya dapat menyampaikan mesej mendalam mengenai nilai kemanusiaan dan kasih sayang seorang ibu, selagi hayat masih ada.

Komen
Loading...