Ikuti Kami:

Sekolah Dibuka Pada 24 Jun Untuk Kelas Peperiksaan Awam Sahaja

Sekolah Dibuka Pada 24 Jun Untuk Kelas Peperiksaan Awam Sahaja

Kementerian Pendidikan hari ini menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan adalah pada 24 Jun bagi kelas peperiksaan awam sahaja.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan menetapkan murid yang mencatat bacaan suhu melebihi 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah apabila sesi persekolahan dibuka.

Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata selepas suhu badan diambil, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang ditetapkan untuk ke kelas masing-masing.

Ketika di sekolah, katanya, murid akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, terutama amalan mencuci tangan dengan kerap termasuk sebaik tiba, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Manakal semua guru akan kembali ke sekolah apabila sekolah dibuka semula 24 Jun depan bagi membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) dipelbagaikan.

“Kaedah pengajaran akan lebih meluas apabila guru dapat kembali ke sekolah.

“Kalau perlu buat cetakan, ia boleh diedarkan kepada ibu bapa (bagi murid yang masih mengikuti pengajian dari rumah),” katanya.

Foto : Bernama, Berita Harian.

Komen
Loading...