Ikuti Kami:

“Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia” – Ustaz Ebit Lew

“Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia” – Ustaz Ebit Lew

Meskipun berdepan dugaan apabila sumbangannya dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew sempat mengadakan Instagram Live bersama Zizan Razak. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan sedekah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi isu semasa.

Menerusi siaran itu, Zizan bertanyakan mengenai cara membantu orang kurang bernasib baik dengan bersedekah Ustaz Ebit.

Penceramah bebas itu berpendapat seseorang individu yang dikenali dan mempunyai pengikut ramai di media sosial perlu perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

“Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik. Ada waktunya buat kita bersedekah secara terang dan ada waktu secara sembunyi. Kedua-duanya baik. Dalam Al-Quran ada menyebut

“Dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut “Barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala”. Apabila kita mula berikan sedekah, insyaallah Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah,” katanya.

Buang perasaan cemburu atau dendam dengan musuh

“Jangan ada sifat cemburu, dendam dengan musuh. Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia. Bila kita maafkan orang hati tenang.

“Buat kebaikan mungkin awal-awal ada perasaan riak tapi lama-lama akan wujud keikhlasan. Yang penting sentiasa buat amal jariah, sedekah, mudahkan urusan orang lain dan sebarkan dakwah secara berterusan. Allah sayang kita semua.

Semoga urusan ustaz dipermudahkan

Semoga ustaz sentiasa dibawah perlindunganNya

Diakhir siaran langsung itu, Ustaz Ebit membacakan doa kesejahteraan buat ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga doa untuk setiap orang miskin dan anak yatim agar dipermudahkan urusan mereka serta diampunkan dosa-dosa.

Sumber : Rotikaya

Komen
Loading...