“Sebijik Suara!” – Tengok Pakar “Voice-Over” Ini Tiru Suara Pengumuman Stesen MRT
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Pernah tak bila menaiki keretapi laju MRT, anda terfikir siapakah pemilik suara yang memberikan pengumuman di manakah stesen berikutnya akan berhenti?
Suara yang membuatkan penumpang perlu sentiasa peka supaya tidak terlepas hentian.
Baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan satu video dia dan seorang lagi wanita tiru suara Voicemail dan pengumuman di Stesen MRT.
Lelaki tersebut adalah Khairul Anuar Azmi yang terkenal menerusi suara belakang pentas di anugerah besar hiburan tanah air.
Manakala wanita tersebut pula adalah Jay Jamalina, pemilik suara penyampai berita di Hot FM dan Berita Utama TV3
Bakat kedua individu ini memang tidak dapat disangkal lagi apabila video tersebut telah meraih perhatian ramai. Malah siap ada yang menyangka mereka berdua adalah pemilik suara asal di stesen MRT dan juga voicemail tersebut.
Berikut adalah video tiru suara voicemail dan pengumuman di stesen MRT yang telah mencuri perhatian ramai:
Cubaan untuk meniru suara voicemail dan mrt station 😅#voiceover pic.twitter.com/SrBjORAZZ5
— khairul anuar azmi (@khairulnuar) May 18, 2020
Percubaan tiru suara voicemail dan pengumuman stesen MRT ini memang menjadi! Video yang dikongsikan oleh Khairul Anuar itu sendiri telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 7 ribu retweets serta 9 ribu likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka yang teruja mendengarkan suara kedua individu ini di ruangan komen seperti berikut:
Foto : Instagram @khairulanuarazmi, Media Sosial