Ikuti Kami:

Sebab kluster ‘kayangan’ tak jujur, Adam Shahz terpaksa dikuarantin

Sebab kluster ‘kayangan’ tak jujur, Adam Shahz terpaksa dikuarantin

Baru-baru ini, nama Adam Shahz kembali hangat diperkatakan apabila menjadi frontliner dengan menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam mengangihkan bantuan kepada para petugas kesihatan.

Tugasan-tugasan yang dilakukan sepanjang tempoh PKP ini kerap dimuat naik ke Instagram dan mendapat respon positif daripada warganet.

Terpaksa dikuarantin
Namun, sejak kebelakangan ini, Adam seakan kurang memuat naik aktivitinya sejak PKP dilanjutkan lagi. Posting terakhirnya adalah pada 16 April dan selepas itu tiada lagi khabar terkini.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila dia ada berhubung dengan kontak rapat yang individu yang sedang disaring kerana disyaki membawa Covid-19 dan diminta untuk melakukan kuarantin selama 18 hari oleh pihak KKM.

Kalau sedang disaring tolong patuh arahan

Menurutnya, dia telah berhubung dengan individu yang sedang disaring namun tidak patuh dengan arahan PKP apabila keluar berurusan dengan orang ramai.

Adam turut menyertakan sekali surat yang menyatakan dia perlu melakukan kuarantin diri ekoran daripada berhubung dengan individu yang tidak jujur dengan kondisi diri sehingga menyusahkan orang lain.

Tolonglah jangan nak berlagak dewa

Dia juga ada menyebut berkenaan kluster ‘kayangan’ yang telah membuatkan ramai frontliner tumbang akibat sikap mereka yang tidak jujur dan mementingkan diri sendiri.

Semoga semuanya baik2 sahaja

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di muat naik Adam dengan menghentam perangai tidak jujur dengan kondisi diri.

Dalam pada itu, mereka turut menasihatkan adam supaya berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan ketika sedang bertugas memberi khidmat masyarakat.

Jaga diri bang

Komen
Loading...