Ikuti Kami:

Scha Elinnea Tepis Dakwaan Dibela VIP: “Kejayaan Saya Hasil Kerja Keras”

Scha Elinnea Tepis Dakwaan Dibela VIP: “Kejayaan Saya Hasil Kerja Keras”

Pelakon dan model Scha Elinnea tampil menjawab dakwaan liar yang mengaitkan dirinya dengan individu berstatus VIP.

Scha dengan tegas menafikan spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa segala kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada usaha gigihnya sendiri.

“Tak ada benda sangat saya nak cakap pasal benda ni sebab memang tak betul pun,” ujar Scha

“Siapa yang tahu saya, tahu macam mana saya bekerja keras. Apa yang saya dapat adalah hasil titik peluh saya sendiri, dengan sokongan peminat.”

Dakwaan yang menyebut Scha dibela oleh VIP tidak memberi kesan kepada dirinya. Scha menjelaskan bahawa dia tidak pernah terlibat dengan perkara tidak sihat seperti yang diperkatakan.

“Memang tak pernah keringin pun nak benda macam tu. Kalau ada orang menyebarkan cerita begini, saya akan ambil tindakan tegas.”

Scha ditemui media selepas sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) di Didi Cinema pada Rabu.

Dalam sidang media tersebut drama Nuh dan Nayla lakonan Scha tersenarai Top 5 dalam kategori Drama Tergempak 2024.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, keluarganya turut memberi sokongan penuh dalam menghadapi isu ini.

“Family saya percaya saya 100%. Mereka tahu saya takkan buat benda-benda macam ni. Sebagai anak, saya pun takkan sesekali nak bagi sesuatu yang haram atau tidak baik kepada keluarga.”

Scha juga menekankan kepentingan untuk tidak terpengaruh dengan pandangan negatif masyarakat.

“Kita tak perlu fikir apa yang orang nak cakap pasal kita. Just do you, be happy. Kalau tak, kita tak boleh live our life to the fullest.”

Beliau berharap agar isu ini tidak terus diperbesar-besarkan kerana ia langsung tidak mencerminkan kebenaran.

Scha kini mahu fokus pada kerjaya dan terus memberikan yang terbaik untuk peminatnya.

Komen
Loading...