Ikuti Kami:

Sayu! Seorang Koperal Terpaksa Bernikah Secara Online Kerana Positif COVID-19

Sayu! Seorang Koperal Terpaksa Bernikah Secara Online Kerana Positif COVID-19

Sayu! seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat koperal terpaksa melangsungkan akad nikah melalui sidang video selepas beliau disahkan positif COVID-19.

Menerusi laman Facebook Friends Of PDRM, dikongsikan sebuah rakaman video sepanjang majlis akad nikah itu berlangsung dari katil Hospital Sungai Buloh.

“Pengantin Covid-19.. Tahniah dan selamat pengantin baru Kpl Muhammad Ayraf yang baru sahaja bernikah walaupun sedang kuarantin di hospital kerana dilaporkan positif Covid-19.

“Semoga segera ‘discas’ dan dapat bertemu isteri,” kongsinya.

Kelihatan beliau masih memakai seluar pesakit hospital semasa akad nikah dilakukan.

Video itu dihujani ucapan tahniah dari orang ramai yang terharu dan mendoakan semoga Koperal Muhammad Asyraf sembuh dari wabak berbahaya itu.

Muhammad Asyraf di laman Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor memudahkan urusan perkahwinan dan  kedua-dua ibu bapa dan mertua yang memberi semangat.

“Bersyukur dengan keizinan allah swt beri pada saya dan pasangan Liyana Rafaei selamat diijabkabulkan melalui kaedah online kerana di saat-saat akhir saya mengalami masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan.”

“Terima kasih saya ucapkan pada pihak Jabatan Agama Islam Selangor memudahkan urusan perkahwinan kami dan tak lupa kepada kedua-dua ibu bapa dan mertua yang memberi semangat kepada kami,” katanya.

Kerajaan telah membenarkan majlis akad nikah melalui sidang video semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat mendapat kelulusan khas jabatan agama negeri masing-masing.

Ia susulan kes jurunikah terpaksa dikuarantin kerana dikesan ada kontak dengan individu positif COVID-19 semasa bertugas (menikahkan pasangan pengantin).

Majlis akad nikah secara sidang video yang pertama  membabitkan pasangan dari Kuala Lumpur telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semasa PKP.

BACA : Pasangan Pertama Bernikah Secara ‘Online’

Foto : Facebook Muhd Asyraf.

Komen
Loading...