Ikuti Kami:

“Saya Sangat Yakin Isa Bukan Mudah Untuk Dirampas” – Risteena

“Saya Sangat Yakin Isa Bukan Mudah Untuk Dirampas” – Risteena

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon Risteena sudah pun megikat tali pertunangan bersama Isa Khan pada November lalu di Bali.

Meskipun awalnya senyap sahaja mengenai hubungan mereka tapi ternyata mereka tidak sabar untuk ke fasa perhubungan yang lebih serius.

Sejak kebelakangan ini, banyak betul kisah mengenai pasangan ini yang menghiasi laman media sosial. Tidak segan menayangkan sisi romantis masing-masing, namun masih ramai yang sepertinya jelek dengan perkongsian sebegitu.

Terbaru, Risteena mendedahkan bahawa dia memberikan kepercayaan yang penuh terhadap Isa Khan. Dia yakin bahawa mereka mampu menjaga satu sama lain dengan sebaiknya.

Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu redha sekiranya tertulis bahawa tunang kesayangannya itu bukanlah jodoh yang telah ditetapkan untuknya.

“Kita semua kena tahu kalau Allah cakap jodoh dia dengan org lain, kita tak boleh tolak takdir.”

Kedua mereka tahu menjaga hubungan suci yang terjalin ini, jadi tiada istilah rampas atau pun merampas.

Risteena turut menegaskan bahawa dia tidak takut dengan perampas selain yakin bahawa Isa bukanlah seorang yang mudah berubah hatinya kerana perampas.

“Saya tak pernah takut dengan perampas. Isa bukan tak pandai menilai orang. Saya sangat yakin Isa bukan mudah untuk dirampas.”

Semoga pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Sumber: Gempak

Komen
Loading...