Ikuti Kami:

‘Saya Niat Cukur Rambut Anak, Tetapi Saya Yang Dibotakkan’ – Da’i Syed

‘Saya Niat Cukur Rambut Anak, Tetapi Saya Yang Dibotakkan’ – Da’i Syed

Pendakwah yang didapati bersalah merogol, Da’i Syed berkata dia hanya sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail selama 16 hari sebelum dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Katanya, apa yang paling menyentuh hatinya adalah mereka hanya sempat meluangkan masa dengan membacakan buku cerita pada waktu malam sehari sebelum dimasukkan ke penjara.

Syed juga sempat berseloroh mengatakan dia tidak menyangka perancangannya untuk mencukur rambut anak perempuannya bertukar kepada rambutnya yang dicukur.

“Pada hari Jumaat itu (sebelum dipenjara) saya memang ada berniat nak cukur rambut anak saya. Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu, saya pula yang dibotakkan.”

Tambah Syed, apa yang menimpanya memberi kesan terhadap kerjaya serta menyebabkan keadaan mental dan emosinya agak terganggu.

Namun dia akan berusaha untuk menaikkan semula pendapatan sama ada menerusi perniagaan atau cara lain untuk menyara keluarga.

“Dapat bertemu semula dengan anak, perasaan itu bagaikan tiada kata yang dapat digambarkan. Selepas dibebaskan sementara, mungkin nampak agak susut berat badan, tapi saya makan cukup (di penjara).”

Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.

Komen
Loading...