Ikuti Kami:

“Saya Anggap Ini Rezeki Dan Takdir” – CikEpal Terharu Dilantik Duta Jakel

“Saya Anggap Ini Rezeki Dan Takdir” – CikEpal Terharu Dilantik Duta Jakel

Personaliti media sosial terkenal, CikEpal, meluahkan rasa terharu apabila dilantik sebagai salah satu duta untuk kempen Jakel Raya Mendonia 2025.

Pemilihan ini dianggap sebagai takdir dan rezeki yang besar, lebih-lebih lagi kerana beliau bukan seorang artis.

“Saya sangat berterus hati dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Feroz atas kepercayaan yang diberikan. Walaupun saya rasa saya bukan siapa-siapa, peluang ini sangat bermakna dan saya amat bangga,” ujar CikEpal dengan penuh emosi.

Mengulas mengenai perjalanan hidupnya, CikEpal berkata setiap cabaran yang dilalui menjadi satu pengajaran berharga.

“Semua yang berlaku dalam hidup saya, saya anggap ini takdir. Saya cuba ambil yang positif sahaja, kerana setiap perkara pasti ada hikmah,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan harapan agar segala isu peribadi yang pernah tular dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya berharap semua perkara dapat berakhir dengan baik dan selepas ini hanya yang baik-baik saja berlaku,” katanya.

Cikepal ditemui media selepas sidang media Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebagai duta Jakel Raya Mendonia 2025, CikEpal bersedia membawa inspirasi kepada masyarakat, membuktikan bahawa takdir dan usaha mampu membuka pintu rezeki yang tidak disangka.

Sebelum ini, perkahwinan Cikepal dengan Jofliam, atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, berakhir dengan perceraian pada Oktober tahun lalu.

Komen
Loading...