Ikuti Kami:

“Saya Ajak Pindah Sementara, Mereka Tak Nak” – Pasangan Ini Tinggal Di Pondok Usang

“Saya Ajak Pindah Sementara, Mereka Tak Nak” – Pasangan Ini Tinggal Di Pondok Usang

Tidak mudah berputus asa, Ustaz Ebit Lew tetap meneuruskan usaha murni untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini hampir di seluruh Malaysia berbekalkan sokongan orang ramai.

Hari ini, perkongsian pendakwah ini sekali lagi telah meruntunkan jiwa ramai apabila berkongsikan kisah serta nasib yang terpaksa ditanggung oleh sepasangan suami isteri yang merupakan warga emas.

Pasangan ini dilaporkan telah menetap di sebuah rumah kayu usang yang hampir roboh semenjak mereka berkahwin lagi.

“Sayu hati tengok rumah pakcik makcik ini. Dalam rumah dah nak runtuh semuanya. Dah tak terurus. Tanah sendiri. Kasihan rasanya ya Allah. Makcik pula baru lepas kemalangan sakit.

“Pakcik kerja dekat tanah orang. Mulut makcik ni bengkak dah setahun. Pergi dapat rawatan pakar belum sembuh lagi. Kaki teruk sakit. Terkejut sangat tengok dalam rumah.

“Tunggu hari nak roboh. Angin kuat jer mereka keluar rumah pergi ke lain sekejap. Dan juga jika air naik tinggi.

“Kawan saya naik terpijak beberapa tempat patah. Baru naik berdua. Dari kahwin sampai dah berumur tinggal disini. Ya Allah..”

Tak mahu pindah, rumah atas tanah sendiri

“Dah lama tinggal begini. Nak repair rumah tiada duit. Saya ajak pindah sementara pakcik dan makcik ni kerja disini dan ini tanah mereka. Mereka tak nak tinggal.

“Doakan yer kasihan pakcik makcik ini. Teringin nak tolong repairkan rumah mereka. Ambil masa sedikit sebab saya jauh. Doakan yer. Betul-betul sedih. Ya Allah bantulah pakcik makcik ini.

“Dah berumur ujian mereka. Maafkan saya gagal membantu pakcik makcik dengan cepat.”

“Beri duit belanja pada mereka buat sementara…”

“Ngo yang bawa saya kata insyaAllah pihak zakat akan bantu buatkan rumah mereka tahun depan. Doakan yer.

“Terima kaseh pihak zakat. Saya beri duit belanja pada mereka dulu buat sementara. Pohon doakan keluarga ini.”

Disebabkan mereka tidak mahu berpindah buat sementara waktu, Ustaz Ebit Lew telah menghulurkan sedikit sumbang untuk mereka guna pakai. Rumah baru mereka pula bakal dibina bermula pada tahun hadapan dengan bantuan pihak zakat.

Semoga segala urusan dipermudahkan…

Ramai yang menzahirkan perasaan simpati dengan nasib yang menimpa pasangan warga emas ini. Ramai yang berharap segala bantuan yang dihulurkan kepada mereka ini.

Ramai lagi yang susah kat Malaysia ni…

Tolongkah percepatkan proses buat rumah tu!

Foto : Facebook Ebit Lew

Komen
Loading...