Ikuti Kami:

Sanusi Menteri Besar Kedah Yang Baharu

Sanusi Menteri Besar Kedah Yang Baharu

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 dan majlis pelantikannya akan dibuat hari ini.

Perubahan pentadbiran kerajaan Kedah sebenarnya berkait rapat dengan kemelut politik negara pada Februari lalu yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) disusuli dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Susulan perkembangan itu, beberapa negeri iaitu Johor, Melaka dan Perak turut mengalami perubahan pentadbiran kerajaan dan Kedah yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak terkecuali.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini.

Katanya, baginda turut memperkenan peletakan jawatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa hari ini.

Komen
Loading...